Jumaat, 2 Mac 2018

Arthritis.

Ramai orang fikir Arthritis (Gel Habis) merupakan masalah yang hanya melibatkan warga emas. Tapi Arthritis bukanlah penyakit yang disebabkan oleh faktor usia semata-mata. Dua dari tiga pesakit arthritis berumur di bawah 65 tahun.
.
FAKTA : Lebih 50 juta penduduk dunia telah disahkan menghidap
Arthritis.
So.. 
.
Tak Kira Anda Lelaki Atau Wanita, Muda Atau Tua Bacaan Seterusnya Mungkin Akan Menyelamatkan Anda!
Baca sampai Habis ya..
.
1 - RASA SAKIT DI BAHAGIAN LUTUT HINGGA TERPAKSA SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI
Yg ni terutama kepada yg beragama islam, bila nak mula solat tu memang boleh berdiri, Problem start bila nak sujud tu. Kalau mereka yg ada masalah gel habis ni nak bangun dari sujud tu memang seksa. Sakitnya hanya Allah yg tahu. Sampai terpaksa solat guna kerusi sebab tak ampu sujud dengan betul!
.
2 - RASA SAKIT DI BAHAGIAN LUTUT KETIKA HENDAK BANGUN DARI DUDUK
Selalunya, situasi ni merupakan tanda2 awal penghidap Arthritis (Gel Habis). Bila dah rasa macam ni mula lah kena pakai tongkat. Banyak aktiviti2 terbatas termasuklah sewaktu bekerja. Bayangkan tempat kerja anda memerlukan anda bergerak ke sana sini. Tak kan nak bawak tongkat ke hulu ke hilir?
.
3 - RASA SAKIT DI BAHAGIAN LUTUT APABILA BERJALAN JAUH
Simptom ni juga adalah tanda2 awal masalah Arthritis. Ramai yg datang mengadu kepada saya sebelum ni mereka rasa sakit apabila berjalan jauh. Terutama Jemaah haji yg sedang menunaikan ibadah. Ibadah mereka tergangu sebab masalah yang mereka hadapi.
.
4 - URAT TERASA TEGANG DI BAHAGIAN PELIPAT BELAKANG LUTUT KETIKA HENDAK BERGERAK
Penghidap arthritis menampung beban yg lebih ketika berjalan kerana kekurangan gel. Jadi apabila bahagian depan lutut sudah sakit, perlahan2 dia akan Tarik urat di bahagian pelipat belakang lutut sehingga menyebabkan simpton yg terakhir di bawah ini.
.
5 - KAKI SUKAR UNTUK DIBENGKOKKAN ATAU DILURUSKAN
Bila dah sampai tahap ni agak sukar untuk dipulihkan. Sukar tapi bukan mustahil ya. Selalunya doctor akan mencadangkan pembedahan untuk merawat masalah ini. Tapi seperti yg ramai sedia maklum, pembedahan memakan kos yg sangat tinngi sehingga mencecah RM15,000! Dan saya juga pernah berjumpa dengan pesakit yg mengadu masih belum sembuh walaupun pembedahan telah di lakukan.
.
.
Kalau anda ada masalah2 di atas lebih anda dapatkan rawatan segera. Bukan apa, kalau anda tak dapatkan rawatan dengan segera jawapnya anda ‘sedekah’ je lah pada hospital untuk kos pembedahan yang pasti menelan belanja tak kurang dari RM15,000.





.
LEBIH BAIK MENCEGAH DARI MERAWAT!
.
Bagaimana dengan keadaan lutut anda sekarang?
Masih ok ke?
BERAPA YAKIN keadaan lutut anda masih ok minggu depan?
.
Jangan ambik remeh, kalau dah ada tanda-tanda tu lebih baik dapatkan khidmat nasihat pada yg pakar

Untuk  kelegaan yang pantas di www.amanikelantanrich.weebly.com
Atau Wassap 0199889015

5 Petua Hilangkan Sakit Lutut

Petua hilangkan sakit lutut, bagi yang ada masalah ni, selamat mencuba.

Cara ini mungkin lambat untuk dapat kesan yang lebih cepat klik link berikut  http://www.amanikelantanrich.weebly.com/

10 CARA MELEGAKAN OTOT



Seandainya ANDA baru sahaja menghabiskan senaman. Boleh dikatakan semua otot anda berada dalam keadaan kurang selesa. Walaupun sakit, anda mungkin berpuas hati kerana mampu menghabiskan rejim senaman dengan begitu dedikasi.
.
Namun, satu perkara penting yang anda lupa ialah untuk merehatkan otot (muscle relaxation). Bukan sahaja anda perlu merangsang otot untuk membesar, tetapi otot juga memerlukan rehat secukupnya untuk pulih dan menjadi semakin kuat.
.
Anda nak tahu apa cara untuk merehatkan otot selepas bersenam.
.
1. Bernafas
.
Sebaik-baiknya, teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau menyejukkan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan.
.
Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4:4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali. Ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan.
.
Bernafas sebegini dapat membantu meningkatkan tahap kepekaan tubuh dan minda, selain menumpukan tenaga anda kepada proses merehatkan otot.
.
2. Senaman Regangan
.
Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat 'hangat' dan senang dilenturkan.
.
Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.
.
3. Tidur
.
Siapa yang tidak mahukan tidur malam yang lena? Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan, selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.
.
Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika masa mengizinkan, lelapkan mata seketika selama 20 minit pada waktu petang.
.
4. Perancangan Masa Yang Betul
.
Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman, jika jadual harian tidak diatur sebaiknya, otot anda tidak akan dapat pulih secara optima. Hasilnya, anda akan berasa sakit dan otot menjadi tegang.
.
Apabila merancang untuk menyertai sebarang senaman berat, pastikan anda mempunyai masa sekurang-kurangnya selama sehari bagi mendapat rehat secukupnya.
.
Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep, pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.
.
5. Urutan
.
Urutan merupakan antara cara terbaik untuk melegakan otot. Dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang benar-benar pakar dan lakukan urutan seluruh badan.
.
Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan. Ketika mengurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.
.
6. Mandian Sauna
.
Mandian sauna meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah, selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke otot. Sebaiknya, mandian sauna dilakukan selepas habis senaman atau beberapa jam kemudiannya.
.
.
TEKNIK urutan dapat melegakan tisu dalam otot.
.
Teknik ini juga merupakan cara yang baik untuk rileks dan melegakan tubuh secara psikologi. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit, tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat.
.
Jika anda mahu, lakukan juga senaman regangan yang ringkas, memandangkan otot berada dalam keadaan sangat fleksibel.
.
7. Meditasi
.
Selain bagus untuk melegakan tekanan, meditasi juga boleh merilekskan otot. Lakukan meditasi sebelum tidur kerana ia dapat memfokuskan tenaga mental dan menyediakan tubuh untuk berehat. Duduk di dalam bilik yang gelap, sunyi dan duduk dengan kaki bersilang. Boleh juga berbaring sahaja dan atur pernafasan.
.
Cuba tenangkan fikiran sebaiknya. Sebaik sahaja minda anda tenang, bayangkan otot itu menegang dan menjadi lega. Tarik nafas sedalamnya dan bangun perlahan-lahan. Otot pasti akan lega dan tubuh berada dalam keadaan tenang.
.
8. Minum Teh Hijau
.
Diet ini cukup mudah dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam rutin harian. Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.
.
9. Akupuntur
.
Rawatan purba Cina ini juga boleh diaplikasikan. Seorang ahli akupuntur terlatih tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot. Dapatkan ahli akupuntur bertauliah apabila otot anda berada dalam keadaan kurang selesa dan pastikan rawatan dilakukan dengan betul.
.
10. Senaman Kardio Ringan
.
Selepas mengangkat beban yang berat, lakukan senaman kardio ringan untuk melegakan otot. Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang.
.
Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman. Ingat, pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh.
.
Selepas menjalankan sesi senaman, pastikan anda merehatkan otot. Masukkan teknik-teknik di atas ke dalam rutin harian, otot anda tentu akan pulih dan lega dengan lebih pantas.

Pastikan lutut anda sentiasa sihat